Thursday, March 11, 2010

Final Exam Peranti Mekatronik July 2008

SOALAN 1
a) Takrifkan 'Mekatronik' dan berikan SATU (1) contoh peralatan Mekatronik yang digunakan
di rumah. (3 markah)

b) Berikan EMPAT (4) aspek yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan suis. (4markah)

c) Terangkan DUA (2) spesifikasi berikut dalam pemilihan dan penggunaan suis. (6 markah)
i. Voltan maksima
ii. Kadaran arus

d) Lukiskan binaan asas dan terangkan secara ringkas setiap jenis suis Had berikut: (12 markah)
i. Yoke limit switch
ii. Roller arm switch
iii. Top roller limit switch
iv) Cat whisker limit switch

SOALAN 2
a) Apakah definisi bagi geganti dan solenoid. (7 markah)

b) Nyatakan TIGA (3) kebaikan dan keburukan geganti. (6 markah)

c) Nyatakan TIGA (3) kegunaan geganti dan solenoid di industri. (12 markah)

SOALAN 3
a) GTO-SCR merupakan peranti yang dibina daripada bahan separuh pengalir dari jenis P dan N
di mana ianya digabungkan menjadi empat lapisan.

i) Lukiskan gambarajah, simbol dan struktur binaan asas GTO-SCR. (4 markah)

ii) Nyatakan perbezaan di antara GRO-SCR berbanding SCR dari segi masa "ON" dan "OFF",
Arus Picuan dan Arus "Turn Off". (6 markah)

b) i. Lukiskan simbol diod zener. (3markah)

ii. Bandingkan transistor kuasa dengan tyristor sebagai suis bagi litar-litar kuasa.
(12markah)

SOALAN 4
a) Lukiskan simbol dan struktur binaan Tyristor-SCR (Tyristor-Silicon Controlled Rectifier)
serta nyatakan fungsi ketiga-tiga terminal pada SCR. (5 markah)

b) Nyatakan penggunaan/aplikasi Tyristor-SCR (Tyristor-Silicon Controlled Rectifier) di
dalam industri. (5 markah)

c) Bagaimanakah cara-cara untuk menghentikan operasi sesuatu Tyristor-SCR. (5 markah)

d) Terangkan dengan ringkas prinsip asas pemicuan Tyristor-SCR (Tyristor-Silicon Controlled
Rectifier). (10 markah)

No comments:

Post a Comment